There is a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes, and a life of mine that only you can complete.
Tuesday, 27 March 2012
Meriah
Kemeriahan sedang dirasai. Hati masih berbunga-bunga dengan ucapan tahniah dari sahabat handai. Terima kasih semua. Ini nikmat dari Tuhan.
Gembiranya hatiku. Rasa ingin kuluahkan pada dunia perasaanku ketika ini. Encik Kekasih, kalau kamu ada saat ini ingin aku ceritan segalanya. Ingin aku luahkan betapa gembiranya aku sekarang. Ingin aku kongsi setiap saat yang aku lalui ini dengan penuh dengan senyuman bersama kamu. Menjelang 15 bulan pemergiannmu, aku tahu kamu bahagia di sana. Doaku tidak pernah putus untuk kamu sayang.
Dalam kemeriahan ini, aku perlu berhati-hati.Aku tak mahu kehilangan sahabatku lagi.
3minggu yang penuh dengan kesibukan. Jumaat ini aku akan berangkat ke Pulau Pinang. Minggu depan aku akan memulakan sesi hidup baru sebagai seorang pelaut. Fasa baru dalam hidup. Aku perlu melangkah dengan cepat supaya aku tidak ketinggalan.
Benarlah kata mereka, hati kita akan selalu tenang bila kita dekatkan diri dengan Allah. Alhamdulillah. Aku rasai ketenangan itu kala ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment