24/03/2012 Alhamdulillah, segala penat lelah,suka duka yang aku harungi sepanjang 3 tahun setengah sampai ke penghujung. Aku berjaya! Walaupun tidak sehebat mana namun nikmat yang tuhan berikan ini terlalu besar sehingga menitiskan air mata kegembiraan tanda kesyukuran pada yang Esa. Kejayaan ini adalah untuk mereka, insan-insan yang kusayang. Mak,abah,ana,adik, dan sudah semestinya kekasih hati yang telah pergi.
Kegembiraan ini aku kongsi bersama sahabat dan kakak yang kusayang. Walau bermacam dugaan kami lalui, kami masih bersatu. Mencuba yang terbaik untuk kembali seperti dulu, malah lebih dari itu. ya Allah, aku tidak mampu mengawal air mata kesyukuran ini dari terus mengalir. Semakin hari semakin kusedar nikmatMu terlalu banyak untuk aku syukuri. Aku adalah manusia yang bertuah dan rugilah sekiranya aku tidak tahu bersyukur.
Mencuba untuk memperbaiki diri, aku temui seorang teman baru. Yang berjaya membuka hati ni untuk terus beramal dengan kebaikan. Terima kasih Muhammad Nazri. Mungkin perbualan kita sebagai seorang kawan tidak seberapa, tapi sesuatu yang kita bincangkan itu membawa kepada satu perubahan. Semoga kita sama-sama menambah amal kebaikan menuju syurga Allah.
Kasih mereka padaku masih seperti dulu. Mama,abah, terima kasih untuk ucapan tahniah penuh kasih sayang dari Dubai.
YA ALLAH, TERIMA KASIH UNTUK SEMUA INI!


No comments:
Post a Comment