Sunday, 18 March 2012

Hati Ini Masih Terluka

Mula-mula sekali, aku nak ucapkan syukur sangat pada Allah sebab bagi aku kejayaan yang berlipat ganda dalam masa sebulan ni. Allah bagi aku satu ujian, dua ujian, tiga ujian, empat ujian,dan macam-macam ujian tapi Allah berikan aku nikmat yang sangat aku harapkan. Malah segala keperitan yang aku tanggung dilupakan dengan mudah hanya dengan nikmat yang Allah berikan ini.

Hari ni, aku tersenyum puas. Aku jumpa sahabatku yang aku rindu. Sahabat, kalau lah kau tahu....

Masing-masing berseronok bercerita pengalaman suka duka sepanjang 3bulan cuti. Aku?? Hanya kesedihan dan kekecewaan yang aku tanggung. Kegagalan itu masih mengganggu fikiranku walaupun kejayaan telah aku kecapi. Aku sakit, aku kecewa.

Sahabat, maafkan aku. Aku tahu kamu tidak maksudkan sebegitu. Tapi hati ni masih belum kukuh untuk menerimanya. Hati ini masih terluka. Bukan sengaja untuk aku biarkan air mata ini mengalir, tapi setiap bicara mengenainya membuatkan aku lemah. Aku jatuh keseorangan. Dan aku bangun juga keseorangan tanpa kamu. Sahabat, kamu tahu kelemahanku. Kamu tahu aku tidak mampu untuk berdiri sendiri.

Sahabat, bukan aku minta untuk aku gagal. Seperit manapun aku terpaksa terima kerana ini yang tuhan telah tetapkan untuk aku. Berbulan aku menangis tanpa seorang pun faham apa yang aku tanggung. Berbulan aku hilang selera makan memikirkan nasib aku yang tuhan tetapkan. Berbulan aku tidak lena tidur menahan rasa sebak di dada. Sahabatku, aku tanggung semua ini keseorangan. Aku bangun sendiri untuk mencuba nasib sekali lagi. Alhamdulillah, nasib menyebelahiku. Aku bersyukur.

Saat ini kamu lena dibuai mimpi. Tidurlah sahabat. Aku tak mahu kamu tahu apa yang berlaku..

No comments:

Post a Comment