Aku seorang MARINE ENGINEER. Betul, ini adalah diri aku sekarang. Setelah percubaan kali pertama untuk mengejar title ini gagal, aku cuba untuk kali kedua. Alhamdulillah, Allah berikan aku kejayaan. Setimpal dengan usaha yang aku lakukan. Aku bersyukur sangat ya Allah.
Berdiri merentas lautan tidak kira siang, tidak kira malam. Resah dihati hanya Tuhan yang tahu. Rindu pada yang tersayang tiada batasan. Namun itu adalah dugaan yang perlu aku lalui selagi aku melibatkan diri dalam bidang ini.
Airmata menjadi teman sejati. Siang malam aku pohon pada Tuhan agar aku terus bertahan menahan setiap dugaan. Jangan diikutkan hati yang sayu, rentas lautan selagi mampu. Aku harus terus bertahan. Mengejar impian yang jauh hendak digapai.
Dalam senyuman ini penuh dengan tangisan yang tidak diketahui. Pelayaran ini menjarakkan dua hati. Dulu kami terpisah kerana mengejar cita-cita, kini kami terpisah kerana dunia yang berbeza. Encik Kekasih, sungguh ikhlas hati ini menyayangimu. Walaupun kau makin jauh, tapi kenangan kita bersama terlalu indah yang tak mungkin dapat dilupakan.
No comments:
Post a Comment