Ia tersentuh. Hati ini kembali tersentuh dengan setiap huluran salam si dia. Aku keliru dengan rasa ini. Huluran salam itu membuat aku ternanti-nanti akan balasannya. Aku menunggu sepanjang hari walaupun hari keramat hanya tinggal 2 hari akan menjelang. Tidak pernah sekali aku sangka kehilanganku sejak 2bulan yang lalu diesedari olehnya. Malah dia menunggu untuk aku kirimkan khabar gembira seperti mana yang dilakukannya.
Si dia melangkah satu tapak kehadapan pada hari ini. Aku kirimkan ucapan selamat walaupun agak lewat. Dengan harapan niat murninya dimakbulkan Allah. Bukan sahaja untuk dia, malah untuk aku, dan kami.
Semoga Allah memberkati kehidupan awak. Sikap awak ada mengikuti sikap encik kekasih. Itu yang membuatkan saya senang. :)
No comments:
Post a Comment