Monday, 19 March 2012

Tahajjud Menghampiriku

Alhamdulillah, kini tahajjud menghampiriku. Sepi malam tidakku biarkan begitu sahaja. Aku harus berubah. Sedikit demi sedikit persediaan langkah aku perbetulkan sebelum menuju yang Esa.

ya Allah, aku terlalu berdosa. Maafkan aku ya Allah. Ampunkan segalanya. Nikmat yang Kau kurniakan terlalu banyak namun terlalu sedikit aku bersyukur. ya Allah, aku hambaMu yang selalu leka, selalu alpa, selalu melupakanMu. Ampunkan aku ya Allah.

ya Allah, akhirnya Kau kembalikan dia, sahabatku yang aku rindu sejak setahun yang lalu. Terima kasih ya Allah. Tiada kata lagi mampu kuungkap menyatakan rasa syukur ini.

ya Allah, jadikanlah setiap malam yang aku lalui penuh dengan sinaran cahayaMu. Semoga aku akan terus berusaha mencari redhaMu. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment