Tuesday, 6 March 2012

Kata Mereka

kata mereka... mereka cakap aku ni seorang yang berhati lembut. habis aku tergelak terbahak-bahak. aduh kawan.. biar betul korang nih. mental ke apa.

aku sendiri tak dapat nak berikan apa-apa komen. kalau itu yang korang nampak, alhamdulillah. memang itu yang selalu ada dalam setiap doa aku. semoga hati aku ni sentiasa lembut. walaupun apa pun ujian datang, walau apa pun yang orang buat kat aku, aku berharap hati ni sentiasa lembut. supaya aku menjadi seorang yang pemaaf. begitu juga aku harapkan kemaafan dari orang.

tapi jangan sangka kelembutan yang aku damba ini mudah untuk korang salah laku. aku akan sentiasa berdiri. jangan terlalu bersenang lenang kerana setiap kesilapan yang korang lakukan pastinya perlukan kemaafan. dan sudah tentunya kesilapan besar itu sukar untuk dimaafkan.

pertama dan terakhir aku nyatakan. sesiapa yang menyakitkan hati insan-insan yang aku sayang, insan inilah yang aku benci. dan kebencian itu lebih berbanding kau menyakiti aku. kerana aku sukar untuk menyayangi. dan bila hati aku menyatakan sayang, rasa sayang itu tidak akan luput selagi aku bernyawa.

jadi berbalik kepada pernyataan korang tadi, adakah aku berhati lembut?semoga ia menjadi kenyataan. insyaAllah.

No comments:

Post a Comment