There is a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes, and a life of mine that only you can complete.
Saturday, 7 April 2012
Dalam Kepayahan
ya Allah, sukarnya hidupku ketika ini. Namun aku gagahkan diri mencari satu kehidupan dengan semangat dan kekuatan yng baru. Berharap agar segala dugaan yang Kau berikan selama ini mampu menjadikan aku seorang yang tabah.
Rindu makin menyiksa diri. Tahun ini tahun kedua aku meraikan ulang tahun tanpa encik kekasih. Semakin lama diri ini semakin tidak mampu untuk bertahan. Tidak berdaya menahan sebak, rasa gundah itu aku luahkan dengan titisan air mata. Tiada lagi rasa malu kerana aku tidak mampu lagi untuk memendam rasa. Aku tidak pasti selama mana hati ni akan terus meratapi pemergiannya. Rasa sayang itu terlalu kuat untuk aku padamkan. Rasa cinta itu terlalu kukuh untuk aku hilangkan.
Meniti hari-hari dan permulaan dalam hidup bergelar seorang jurutera, aku mencuba memperbaiki kelemahan diri. Mencuba menjadi seorang yang tabah, kuat, penyabar, penyanyang, dan macam2 lagi. Permulaan hidup dalam umur 22 tahun ini aku perbanyakkan tahajjud di malam hari. Alhamdulillah, ia berhasil walaupun tidak penuh. Aku berharap ia akan berterusan untuk membantu aku di alam kubur.
Membilang hari-hari terakhir bersama sahabat membuat hatiku lebih sayu. Sekali lagi aku akan kehilangan. Dan kali ini menjadi lebih perit kerana tiada kepastian untuk pertemuan berikutnya. 3 minggu telah berakhir, bermakna ada lagi 3 minggu kami akan bersama. Kemudian masing-masing akan mencari haluan sendiri untuk meneruskan hidup. Aku sayang dia, sahabatku dan juga kakakku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment