Wednesday, 11 April 2012

Sesuatu Yang Indah

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri. Betapa hinanya diri ini nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah. Begitu banyak kenikmatan yang Dia limpahkan, namun terlalu sedikit rasa syukur yang aku berikan. 22 tahun yang merugikan. Berharap agar rasa syukur ini tidak hanya dbiarkan dengan kata-kata, malah turut dizahirkan dengan perbuatan. InsyaAllah.
Sesuatu yang indah pasti sentiasa hidup dalam kenangan. Tidak dilupakan yang pahit itu juga sering menghantui fikiran. Kedua-duanya itu tidak akan dapat dielakkan selagi nyawa masih dikandung badan. Cuma penerimaan bagi setiap individu itu yang berbeza. Apa jua yang berlaku, aku yakin Allah telah merencanakan sesuatu yang indah untukku. Sesuatu yang aku tidak tahu dan tidak pernah duga. Semoga diri ini akan lebih bersedia menerima dugaan dan kesulitan.
Malam yang dingin dibuai dengan lagu-lagu syahdu membuat hati ini begitu sayu. Setelah sekian lama aku tahankan diri melihat lakaran wajah tampan yang Allah kurniakan kepada encik kekasih, hari ni aku kembali menatap. Rindunya aku pada lelaki ini. Pinjaman Allah yang terlalu sekejap ini terlalu bermakna. Ya Allah, aku terlalu sayangkan dia. Kau kuatkan hatiku untuk menerima pemergiannya. Aku lemah dan tak berdaya. Aku hilang kekuatan tanpa dia. Ya Allah, Kau tahu segala-galanya. Kau tahu setakat mana rasa sayang ini. Kau tahu setakat mana rasa rindu ini. ya Allah, kalau aku diberi pilihan untuk memilih aku akan menjadi seorang yang kejam yang tak mahu dia pergi meskipun aku tahu dia menanggung sakit. Aku mahu dia bersamaku hingga saat terakhirku. Aku mahu dia memimpinku kesyurgaMu. ya Allah, bantulah aku. Sehingga hari ini aku masih mengharapkan dia kembali. Temukanlah kami dalam mimpi supaya dapatku kirimkan rasa sayang dan rindu ini padanya.
Abang, kasih itu akan terus bertaut walaupun kita tidak bersatu...

No comments:

Post a Comment