There is a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes, and a life of mine that only you can complete.
Thursday, 12 April 2012
Bukan Aku Angkuh
Menyatakan rasa cinta memang mudah, tapi untuk menghadapi dan meneruskan rasa cinta itu memerlukan banyak pengorbanan. Pengorbanan yang bukan hanya untuk sehari, malah untuk sepanjang hayat yang kita lalui selagi bernyawa. Kerana cinta membuat sesorang itu bahagia dan derita. Pengalaman melihat dan meniliti kisah cinta mereka membuat aku takut dan gundah. Malah kasihku bersama encik kekasih yang tidak kesampaian membuat hati ini makin susah untuk menerima yang lain. Benarkah dia tiada pengganti? Atau aku yang tidak mahu mencari pengganti? Kedua-duanya memberi jawapan yang sama. Aku manusia yang sukar untuk menerima. Dan kerana kedegilan hati ini untuk berubah menyebabkan terkeluar kata-kata yang tidak munasabah. Aku tidak angkuh. Mungkin kata-kataku itu berbau sedikit meninggi diri tapi sebenarnya aku cuba untuk menyembunyikan sesuatu. Sahabat, aku tidak mahu lagi menanggung kesedihan. Aku tidak mahu lagi terus meratapi pemergiannya. Kerana saat ini aku terlalu sakit, hatiku terlalu pedih untuk menerima ketiadaannya. Dan mungkin kerana itu terkeluar sesuatu yang kau rasakan aku begitu angkuh. Realiti yang aku gambarkan pada dunia tidak seindah keperitan yang aku tanggung. Setiap keperitan itu telah pun aku luahkan kepada kamu, orang kepercayaanku. Cuma keperitan tanpa si dia yang aku simpan. Biarlah keperitan itu hanya aku yang tahu.
Tiada manusia yang mahu menghabiskan sisa-sia hidup keseorangan. Tiada manusia yang tidak mahu merasai mencintai dan dicintai. Itu adalah hakikat. Dan aku juga punya harapan yang sama. Cuma keadaan yang menyebabkan aku tidak bersedia untuk masa ini. Sekali aku fikir tinggi benar hajatku kiranya tuhan temukan jodohku saat aku benar-benar sudah bersedia. Biarlah perkenalan itu singkat, janji ia amat bermakna. Aku tidak mahu lagi bermain dengan perasaan dengan mereka yang belum tentu menjadi milikku. Aku mahukan yang kekal supaya rasa cinta itu bertaut lebih lama. InsyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment