Saturday, 21 April 2012

..............

hilang kata-kata untuk malam ini. aku sunyi dan sebenarnya aku sedang memikirkan sesuatu. banyak yang aku nak tulis tapi aku sendiri tak tahu macam mana nak tulis. aku sunyi, itu jawapannya. aku dah habiskan seminggu kat sini, dengan harapan seminggu yang lepas ini berlalu dengan senyuman dan kegembiraan. tapi masing-masing senyap, menyepi dan membawa haluan sendiri. hmh, kapal dah memanggil. aku makin keliru dengan keptusan yang patut aku buat. jangan terlalu memilih akmar, nanti apa pun tak dapat. jangan terlalu takut untuk berpisah kerana itu adalah lumrah hidup. walau sejauh mana pun kau cuba lari, kau tetap akan lalui jugak. ye,aku tahu. aku dah pernah laluinya. tapi boleh tak masa yang ada ni ciptakan kegembiraan antara kami? supaya perpisahan akan datang ini akan pergi bersama kenangan manis. aku lemah dengan perasaan sendiri. sebab itu aku masih begini selepas kehilangan encik kekasih. aku sentiasa dalam ketakutan. masa ini aku sangat perlukan ini:
aku nak berjalan, nak buang kekusutan aku ni. aku nak tersenyum sebanyak yang mungkin. aku rasa macam kali ni aku akan pergi jauh, dan jauh sangat. jadi aku nak lihat wajah orang-orang yang aku sayang puas-puas. sekarang aku kat sini, aku nak lihat wajah sahabatku. nanti bila aku kat rumah, aku nak habiskan masa dengan keluarga pulak. inilah aku sebenarnya,yang aku sendiri taktau nak describe macam mana. pelik-pelik je kan. takpe, setiap manusia ada cara masing-masing kan.. okey, masa untuk tidur. aku dah lambat ni , nanti tak sedar nak bangun.

No comments:

Post a Comment