There is a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes, and a life of mine that only you can complete.
Friday, 6 July 2012
Permulaan
Hari ini, 060712 adalah satu permulaan. Aku perlu melangkah dengan pantas. Teringat pada kata-kata seorang teman yang juga bakal seorang doktor, walau apa jua halangan yang datang harus aku tempuhi kerana ini adalah jalan yang aku pilih. Benar, dia sangat benar. Walau apa jua yang datang selepas ini, ini adalah jalan yang aku pilih. Ini adalah jalan untuk aku membina kerjaya. Memang dapat aku rasakan bahawa ia sangat perit, ia sangat pedih, dan ia sangat susah untuk dilalui. Namun apakan daya hati ini untuk menolak sekiranya ini yang telah ditetapkan untuk aku. Aku perlu kuat. Setahun pengalaman dilautan tidak kurasakan sebegini sayu. Mungkin kerana masa itu telefon bimbit masih boleh jadi penghubung. Kali ini, aku jauh dari daratan, sukar untuk berhubung. Kurasakan pengalaman hidup di vlcc kini kembali lagi. Ya Allah, berikanlah segala-galanya mudah untukku. Ini adalah nota terakhir untuk bulan ini. Dan mungkin juga untuk bulan depan, dan mungkin untuk bulan yang akan datang. Berikanlah kemudahan untuk segala-galanya. Janganlah Kau jauhkan hati-hati kami yang sedang sayu ini. Dan yang lebih penting aku mohon agar segalanya selamat. Janganlah Kau uji aku dengan sebarang kehilangan. Selamatkanlah aku,keluargaku, dan sahabatku dunia akhirat. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment