Saturday, 21 July 2012

Lakaran Wajah Sang Kekasih

Waktu berbuka puasa hampir tiba. Aku masih berada di atas katil. Malas rasanya turun mencari makanan. Termenung seketika memandang dinding yang kosong sama seperti kosongnya hatiku masa ini. Mengimbau kenangan silam bersama keluarga, sahabat, dan kekasih hati membuat aku tersenyum dan menitiskan air mata. Entah berapa lama lagi yang aku ada untuk menatap wajah mereka. Perginya abang meninggalkan banyak kesan pada diriku. Dalam diam sedikit demi sedikit aku rasakan kekuatan yang selama ini aku pertahankan makin berkurang. Sungguh sakit bila ditinggalkan. Perkenalan kami memang lama, tapi pertemuan kami sangat kurang. Masa yang kami lalui hanya melalui jarak jauh. Namun ia begitu indah. Dia jaga penuh perhatian agar kami tidak terpesong. Abang, alangkah indahnya kalau kau masih disisi. Terus membimbing aku ke jalan Allah. Sukar untuk aku lepaskan kerana dia memang tiada tandingan. Tidak akan kedengaran lagi suaranya memanggilku sayang, tidak akan kedengaran lagi suaranya mengimamkan solatku bila kami bertemu, tidak kakan kedengaran lagi suaranya menasihati sikap panas baranku, tidak akan kedengaran lagi suaranya menahan derita kesakitan, dan tidak akan kedengaran lagi suaranya menyanyikan lagu saat kami berjauhan.

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tidak menentu keranamu

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain dimataku tiap waktu

Malam ku suram siang ku kelam kukegelisahan
Mencari-cari kemana pergi harga diri ini
Bertanyakan berita
Merisik khabar mendengar cerita melaluiNya
Kau kuhampiri setiap hari bersama luka dihati

No comments:

Post a Comment