Sunday, 15 July 2012

Selamat Ulang Tahun Ayah Bonda

Mungkin pada zahirnya aku dilihat seolah-olah lupa pada keluarga kerana begitu sibuk dengan kisah cintaku yang tidak kesampaian. Aku lebih merindui yang telah tiada. Namun semua itu tidak bermakna aku tidak menghargai pada yang masih ada. Kasih dan sayang pada 2 manusia yang begitu banyak berkorban untukku tidak pernah aku lupakan. Cuma hati yang kosong ini kadang perlukan sedikit ruang untuk dirinya lebih bertenang.
Mak, abah, selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-23. Kasih mak dan abah tiada tandingan. 22 tahun yang lepas along hanya seorang budak kecil, tapi sekarang along dah bergelar seorang jurutera. Alhamdulillah. Jadikanlah setiap dugaan yang datang dalam keluarga kita sebagai satu ujian yang Tuhan berikan supaya kita lebih bertahan untuk terus bersama hingga akhir masa. Along sentiasa doakan yang terbaik untuk keluarga kita. InsyaAllah. Amin.

No comments:

Post a Comment