There is a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes, and a life of mine that only you can complete.
Tuesday, 17 July 2012
3 Hari Di Miri
Ahad lepas aku bertolak dari Bintulu ke Miri. Perjalanan menaiki kereta selama lebih kurang 2jam setengah itu begitu memenatkan kerana Highway Borneo yang aku lalui boleh diibaratkan lebih teruk dari jalan kampung. Tapi disebabkan agent yang membawaku itu selalu berhenti membeli ikan dan sayur2 segar dari orang kampung membuatkan aku begitu seronok. Dalam keseronokan itu aku menarik nafas panjang melihat masih ramai yang berada dalam kesusahan. Alhamdulillah rezeki Tuhan kurniakan padaku melimpah ruah. Begitu mudah aku peroleh. Sepanjang perjalanan aku begitu tertarik dengan pemandangan kampung. Teringin benar aku mengumpul koleksi gambar tapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Sudah menjadi kewajipan kemana sahaja aku pergi makanan mesti diutamakan. Hari pertama di sini aku cuba Mee Kolok. Nampak macam maggi dan rasanya pun aku tak berapa minat. Tapi aku habiskan juga mengenangkan orang yang belanja.
Hari kedua aku berjalan sekitar bandar Miri. Jalan dekat-dekat kerana bimbang akan sesat. Setiap kali lalu depan kedai makan aku lihat ada menu Laksa Sarawak. Petang itu selepas Asar aku berniat untuk mencuba sekaligus terus makan malam. Laksa Sarawak boleh dikatakan lebih kurang macam mee kari. Ada rasa rempah dan santan. Sekali lagi menu ini aku kurang minat sebab aku bukanlah penggemar makanan bersantan.
Hari ketiga aku melompat ke Muara Restoran untuk mencuba Nasi Lalapan. Buat pertama kalinya 3 hari di Miri aku berpuas hati dengan menu yang aku makan. Muara Restoran ni memang terkenal di Miri. Lagipun ia terletak di hadapan Kingwood Hotel maka mudahlah aku pergi ke sana. Nasi lalapan ni macam nasi ulam jugak. Sesuai dengan jiwa aku yang suka makan makanan berulam.
3 hari ini berakhir dengan 3 makanan popular di Sarawak. Esok masih belum ada perancangan. Otak sudah lama berfikir untuk ke Gua Niah, tapi memandangkan aku perlu menyimpan tenaga untuk kembali bekerja, aku batalkan dahulu niat itu. InsyaAllah akan datang aku akan ke sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment