Sunday, 15 July 2012

Kerana Masih Ada Rindu

Berada di lautan membuatkan hariku begitu merindui encik kekasih. Walaupun baru seminggu, rindu itu datang dalam setiap saat yang aku lalui. Aku rindu kenangan lalu. Dan hari ini, aku akan berada seminggu di daratan. Baru sahaja lepas menonton Dejavu Di Kinabalu. Bagaimana kasihnya Ammar pada Innara walaupun sudah tiga tahun pergi, begitu juga kasihku pada encik kekasih yang sudah setahun setengah pergi. Sejarah dan kenangan itu menyakitkan terutama untuk aku yang begitu sukar untuk menerima pemergian dan perpisahan. Dan kerana kenangan yang terlalu indah itu membuatkan hati ini masih tertutup rapat. Aku percaya pada takdir Allah. Disaat aku lemah ini sedikit demi sedikit nikmat Tuhan limpahkan. Aku minta yang lain, Tuhan beri yang lain kerana Dia tahu itu yang terbaik. Amin.

No comments:

Post a Comment