Tuesday, 26 June 2012

Pasrah


Mungkin ini jalan yang terbaik. InsyaAllah. Setelah berbulan menunggu, mungkin inilah takdir yang telah ditetapkan untukku. Aku perlu melangkah setapak demi setapak. Berharap agar setiap tapak yang aku bakal tempuhi menuju kehadapan dengan mudah. Sekiranya ia pilihan yang tepat, aku bersyukur. Tapi sekiranya pilihan ini tidak tepat, aku akan cuba laluinya dengan tenang. Permudahkanlah segalanya ya Allah.


Sahabat,terima kasih yang tidak terhingga. Aku percaya keputusan yang sama-sama kita persetujui ini adalah yang terbaik untukku. Sekarang kau boleh lihat betapa aku perlukan kau untuk membantuku. Semoga kita kuat menghadapi hari mendatang. Lagu ini khas untuk kau, dan juga aku. Tuhan sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita tidak tahu sejauh mana jasad ini akan terus bernyawa, tapi kita tahu mati itu pasti akan kunjung tiba. Kehidupan yang jauh dilautan luas insyaAllah akan membuka sedikit ruang hati kita untuk mengenal erti takdir dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment