Wednesday, 20 June 2012

Dejavu Di Kinabalu

MasyaAllah.. Kini drama terbaru Dejavu Di Kinabalu menjadi tontonanku. Sepanjang 3 hari bersiaran, setiap hari pasti aku akan melekat di depan tv. Ini semua gara-gara kisah cinta yang dipaparkan. Mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ammar Zulkarnain yang kehilangan kekasih hati 3tahun yang lepas. Tapi kerana cinta yang begitu mendalam, kasih antara mereka tidak dapat dipisahkan. Aku tertarik dengan 2 benda dalam cerita ni. Pertama, nama hero itu adalah Ammar. Kedua, kisah mereka seperti kisah silamku. Aku menonton penuh perasaan dengan harapan janganlah airmata mengalir di saat. Aku tak mahu mereka tahu perasaanku.

No comments:

Post a Comment