Wednesday, 20 June 2012

Malap

Sekeras kerikil, selembut sutera. Manisnya dirasa, pahit tidak terkata. Manakan tidak hati dan jiwa ini tidak bahagia, jika hawa nafsu dan dosa menjadi raja. Manakan tidak segala yang ada ini tiada serinya, jika kejahilan dan kesombongan masih bermaharajalela. Disaat nyawa belum singgah dipenghujung, disaat itulah rahmat Allah masih lagi menggunung. Namun bukanlah persoalannya kita tidak mengerti apa yang seharusnya diubah dan diolah, namun hati yang sombong, cintakan dunia dan tidak mahu melangkah serta bermujahadahlah yang menafikan hati ini sebenarnya milik Allah. Betapa diri kita ini ibarat sebiji benih sepohon pokok yang memerlukan air dan cahaya.Kembali dengan langkahan penuh keyakinan, berbekalkan hati penuh pengharapan agar hanya keranaNyalah setiap niat dan tindakan ditetapkan, moga Allah memberikan keindahan hidayah dan manisnya iman di segenap sanubari hati supaya menjadi hamba Ilahi yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah dan akal serta jiwanya sentiasa mengingati mati. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment