There is a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes, and a life of mine that only you can complete.
Wednesday, 20 June 2012
Ku Rindu Kasih Sayangmu
9 hari lagi kehidupan baru akan bermula. Mencari hala tuju baru, dengan harapan mencapai impian untuk membina satu kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah. Dalam penantian, hati ini begitu gusar memikirkan tanggungjawab yang bakal ku galas. Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Aku mohon yang terbaik untuk diriku. Sekali lagi jantung ini bagai tiada ruang untuk berehat. Berdegup kencang. Aku rindu kekasihku dan kerana kerinduan yang begitu mendalam aku seolah-seolah sedang berada di dunia yang berbeza. Abang, setahun setengah telah berlalu. Kasih ini masih segar ibarat bunga yang takkan layu. Sungguh kurindukan kasihmu. Sungguh kurindukan imam sementara ku ini. Aku pasrah pemergianmu walaupaun ia terlalu sukar untuk kuterima. Ya Allah, aku tahu dia bukan milikku. Aku tahu setiap yang berlaku ini pasti disusuli dengan sesuatu yang telah dilakarkan dengan begitu indah olehMu. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kesedihan ini tidak berlarutan. Aku mohon Kau tunjukkan satu jalan, satu kehidupan, satu pengakhiran yang kekal abadi untukku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment