There is a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes, and a life of mine that only you can complete.
Friday, 22 June 2012
Sayu
Ia datang tanpa dipinta. Hati ini sudah mula sayu. Wahai hati, tolonglah jangan terlalu takut. Bertahanlah. Jangan kau mudah terusik kerana tiada siapa akan melayanmu lagi. Dan jangan kau mudah merajuk kerana tiada siapa akan memujukmu lagi. 7 hari lagi, ia akan menjelma dengan begitu cepat. Aku mengharapkan pemergian kali ini berlaku dengan pantas. Aku tak mahu kesedihan, aku tak mahu tangisan. Seperti biasa, keluargaku akan menghantarku ke KLIA. Menghantar dan menjemputku memang sudah biasa bagi mereka kerana hanya mereka yang aku ada. Kalau dahulu encik kekasih tidak dapat menghantarku kerana berada di Moascow, kali ini dia tidak dapat menghantarku kerana dunia kami sudah berbeza. Dan ia akan selamanya berbeza selagi aku bernyawa. Aku pasrah. Untuk sahabat, walaupun dalam gurauanku mengharapkan ucapan terakhir sebelum aku berangkat, tapi sebenarnya aku begitu mengharap masa tidak akan mengizinkan kita berkomunikasi ketika itu. Aku ingin pergi berseorangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment