Friday, 19 April 2013

Mainan Perasaan

Cukup 3 hari aku tak dapat tidur dengan lena. Hampir setiap jam aku terjaga, dan setiap kali terjaga aku memikirkan benda yang sama. Ini adalah penyebab sehingga aku tak boleh melelapkan mata. Kesakitan begitu terasa. Dada ini begitusakit. Aku mula terfikir mahu ke klinik sebelum bergerak ke Bintulu. Hebatnya penangan si dia. Dia mampu membuatku jatuh sekali lagi. Bukan aku tak mahu meleraikan, tapi aku begitu merasai kesakitannya. Dia datang dan pergi, aku penat untuk terus menanti. Walaupun aku tahu bukan mudah untuk meneruskan ini, tapi mungkin ini cara yang terbaik untuk kami.

Dia, akan terus kekal dihati. Aku pergi bukan kerana benci. Aku cuma mahu memberikannya masa, membuang rasa yang tersimpan. Dengan harapan masa yang berlalu pergi ini akan membuka hati kami memikirkan sejauh mana persahabatan ini perlu diteruskan. Tersenyum aku sendiri tatkala teringat pada kata seseorang, "jangan biarkan emosi menakhluki jiwa. selain dari memikirkan kesakitan, ingat juga kegembiraan yang dilalui bersama kerana kegembiraan itu pasti menenangkan." Benar, aku akui. Kenangan itu yang membuatkan aku bahagia. Kenangan itu yang membuatkan aku tersenyum. Setelah perginya encik kekasih, dia adalah tempat aku meluahkan rasa dan meleraikan duka. Mana mungkin aku melupakannya hanya disebabkan pergaduhan ini.

Aku bukan tak mahu mencuba, tapi aku takut. Bimbang kalau ianya tak menjadi. Tapi jauh di sudut hati aku berharap semuanya kembali seperti dulu.

No comments:

Post a Comment