Sunday, 14 April 2013

Pilihan Ada Pada Kita

Sebijak mana pun kita, bila berhadapan dengan banyak pilihan pasti akan menjadikan kita bingung. Bingung untuk membuat pilihan. Kadang kita hilang pertimbangan bila berhadapan dengan semua ini. Tidak terkecuali aku. Pilihan ada,tapi masih menanti haluan yang mana harus kupilih. Dan masih menanti dengan siapa yang harus kuhadapinya. Bimbangkalau keputusan yang dibuat tidak seperti yang diharapkan. Yang paling aku nantikan hampir tiba. Mahu cepat atau lambat semua terpulang pada aku untuk memilih. Kerjaya masih menjadi keutamaan. Aku mahu mencipta satu nama selepas satu kegagalan besar satu ketika dulu. Cuma yang aku harapakn jika ini pilihan yang tepat, lancarkanlah perjalanannya. Dan kalau ini bukan yang terbaik, tunjukkanlah satu jalan sebelum aku terlewat.

Sebulan berlalu penuh ketenangan. Aku begitu tenang disini. Dalam mencari rezeki, aku penuhkan juga dengan sedikit aktiviti kerohanian. Sekadar mencuba untuk mendapatkan jalan yang sebaik mungkin dalam hidupku. Teringat pada mimpi pelik 8tahun lepas. Seruan dari Yang Esa datang saat aku masih tidak punya apa2. Saat itu aku adalah seorang pelajar yang bekerja keras untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, dan tidak berkemampuan untuk menyahut seruanNya memandangkan bekalan wang yang ada sekadar cukup makan. Kini alhamdulillah rezeki datang melimpah ruah. Aku punya pekerjaan yang bagus, gaji yang bagus, dan kesihatan yang bagus. Tapi aku tidak mempunyai masa yang bagus. Betapa Tuhan rencanakan sesuatu untuk aku menilai kebaikan dan keburukan setiap lukisan yang dilakarkan untukku.

Begitulah indahnya kehidupan. Yang bijak akan berjaya, dan yang kurang bijak akan berhadapan dengan kesukaran sebelummendapatkan kejayaan. Semoga aku lebih berhati2 dalam membuat pilihan. :)

No comments:

Post a Comment