Jam sudah menunjukkan pukul 04:07. Aku masih berpusing2 mencari tempat yang selesa untuk melelapkan mata. Ada satu jam lagi sebelum tibanya masa untuk bangun dan bersiap2 pergi bekerja. Aduh, seksanya bila badan dah penat tapi mata tak boleh lelap. Dada sudah mulai sakit tandanya aku sedang memikirkan sesuatu. Ketenangan selama sebulan akhirnya terhenti disini. Dia datang, meluahkan rasa yang tersimpan. Tapi kedatangannya penuh emosi dan itu yang membuat aku tidak boleh melelapkan mata.
Kami begitu tegang saat ini. Aku tidak nampak jalan yang cerah untuk kembali seperti dulu. Aku dengan ego aku, dia dengan ego dia. Inilah akibatnya kerana kami terlalu akrab mengalahkan orang bercinta. Bukan aku saja yang perasan, dia juga perasan perkara yang sama. Sakit dan perit apa yang berlaku sekarang begitu sukar untuk ditanggung.
Ya Allah, apa yang sepatutnya aku buat. Aku seakan menyerahkan semua keputusan kepadanya. Lembutkanlah hati kami ya Allah, supaya kami dapat bersama kembali. Kerana perpisahan sementara ini bukan jalan yang terbaik untuk kami.
No comments:
Post a Comment