Thursday, 4 April 2013

Dua Puluh Tiga????

Alhamdulillah,sampai juga akhirnya.. Dalam kesibukan bermajor overhaul di kapal, sampaikan aku tidak sedar aku masih berada di tepi enjin saat tibanya 1 April 2013. Sungguh masa itu berlalu dengan begitu pantas. Aku sibuk mengejar impian, mahu menjadikan setiap impian menjadi kenyataan yang berharga. Tahun ini sambutannya sungguh berbeza. Aku diraikan seperti budak kecil. Disediakan sebiji kek yang besar, dan dinyanyikan lagu selamat hari lahir. Sebak rasa hati, namun aku tahankan air mata dan kuhadiahkan dengan senyuman penuh penghargaan. Terima kasih tak terhingga!

Aku terima ucapan dari jauh dan dekat. Berharap doa yang mereka kirimkan akan dimakbulkan tuhan. Umur sudah meningkat, dan aku makin sedar bahawa perjalanan hidupku yang akan datang adalah sesuatu yang belum pasti. Aku seakanberada dalam mimpi. Sudah dewasa rupanya aku. Tahun ini adalah tahun bekerja keras kerana tahun depan bakal menjadi tahun menganggur. Sedikit demi sedikit aku merencana kehidupanku. Namun tidak ku lupa yang takdirnya atas kehendak Allah. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin...

Ku cuba melupakan tapi tidak semudah yang diharapkan. Aku cuma mahukan sesuatu yang menyenangkan jiwa. Kepada mereka yang tidak menyenangi kehadiranku, aku akan cuba pergi jauh. Mungkin kenangan kita bersama semalam cukup sampai di sini. Aku perlukan masa untuk bertenang. Kepada si dia yang selalu dikenang, wajahmu masih terbayang. Begitu aku cuba melupakanmu, makin wajahmu muncul dalam hidupku. Pergilah sayang. Walaupun perit, tapi mungkin ini yang terbaik untuk kita. Tuhan itu Maha Mengetahui dan Dia pasti merencanakan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya.

23.. aku akan teruskan perjalanan ini dengan sebaiknya. Dengan izin Allah, setiap doa yang aku minta pada Yang Kuasa akan menjadi satu kenyataan. Amin.

No comments:

Post a Comment