Melihat kepada tajuk sudah menggambarkan keterujaanku untuk terus menulis disini. Aku tidak punya abang dan kakak kandung. Gelaran abang itu adalah untuk encik kekasih dan kakak itu untuk sahabatku dunia akhirat.
Abang dan Kakak. Dua insan yang datang dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupku. Si abang seorang yang penyayang dalam lembut, si kakak seorang yang penyayang dalam kasar. Dua karakter yang berbeza tapi sama. Kalau nak ditulis perbezaan dan persamaan yang mereka ada sampai esok pun tak habis. Aku yang melihat, dan aku yang merasa. Kasih sayang abang membuat aku jatuh tersungkur apabila kehilangannya. Dan kasih sayang kakak menimbulkan rasa sepi apabila dia makin menjauh.
Abang dan kakak. Alangkah bahagianya hidupku saat ini andai mereka masih disisi. Tak dapat aku luahkan betapa aku menyayangi mereka. Kalau dengan si abang, hubungan kami terbatas mengikut hukum. Pergaulan kami ada batasan, tapi penuh kasih sayang. Kalau dengan si kakak, aku lebih suka mengusiknya. Mengganggu saat dia sibuk menjadi hobi walaupun kena marah. Dengan si abang, tak perlu ditanya rasa hatinya kerana dia rajin meluahkan. Tapi dengan si kakak, tanya la beribu kali pun rasa sayang itu takkan dijawab. Hahaha.
Abang. Melihatnya sudah cukup membuat orang jatuh cinta. Apatah lagi berkawan dengan rapat, cukup menjadikan aku seorang yang begitu merasai kebahagiaaan yang diidamkan. Dalam kenakalannya, masih mengikut hukum hakam. Katanya mahu perempuan yang baik supaya jadi contoh untuk anak2 nanti. Aku bukanlah perempuan yang dia idamkan. Hanya punyai sedikit ilmu, yang selalu lalai dengan keduniaan, memang langsung tidak padan dengan dia. Entah apa yang dia lihat padaku, aku sendiri tak pasti. Katanya aku cukup untuk dia. Tapi tuhan tu Maha Tahu. Dia tahu aku tidak layak untuk si abang. Maka ini yang terjadi. Perpisahan yang abadi antara kami.
Kakak. Mata yang melihat tidak akan tahu apa yang terjadi. Kami bertengkar, tapi kami masih sayang. Hitungan bergaduh dengan si kakak melebihi dari si abang. Kakak seorang yang keras. Kalau katanya A, untuk aku dapatkan B tu memang jenuh. Tapi dialah insan yang selalu dapat membaca rasa hati ini. Tiada apa yang aku mahu ceritakan mengenai dia, kerana aku lebih suka menikmati rasa seronok bila kami bersama, dan sedih bila kami berpisah seperti ini. Dan aku yakin perasaan ini juga ada pada pihak dia.
Ok. Semalam setengah hari aku di darat. Bermula dari sampai jeti, aku berjalan kaki sekitar kawasan dekat2. Hehe. Nak cari aiskrim. Jumpa kedai aiskrim, aku terus berjalan kaki ke Ujana Kewangan sambil menikmati aiskrim kesukaan si abang. Sampai di ujana, perut terasa lapar. Aku masuk KFC, order satu snack plate. Aduhai, sungguh tak seronok hidup tanpa teman. Ayam dua ketul pun aku tak dapat habiskan. Kalau dengan si abang, dia tukang habiskan makanan. Kalau dengan si kakak, kami bungkus bawa balik. Haha. Aku bungkus seketul ayam tu dan makan sambil berjalan. Teringat si kakak yang sangat sukakan ayam goreng pasar malam sambil berjalan. Jalan punya jalan, lepas sambar baju dua helai, singgah cool blog.Sweet corn ice blended satu cawan. Hehe. Aku berjalan pulang ke jeti lepas perut pun dah penuh dengan makanan. Sampai di jeti, masih banyak waktu untuk pulang ke kapal. Aku duduk santai2 di tepi laut. Melihat kapal2 yang memenuhi sekitar labuan, sungguh aku tak pernah sangka aku akan terlibat dalam dunia perkapalan. Tapi inilah rezeki tuhan. Terima dan gunakan sebaiknya.
Sepanjang perjalanan aku banyak melakukan perkara yang si abang dan si kakak suka lakukan. Aku menginginkan mereka disini menemaniku. Kerana aku sangat rindukan mereka.
No comments:
Post a Comment