Friday, 17 May 2013

Detik Tak Kembali

Sering aku rasa saat ini andai maut sedang menantiku dalam masa terdekat, pasti syurga bukan milikku. Melihat kepada kelalaian dan kekurangan ilmu agama, aku malu dengan diri sendiri. Siapa aku saat ini? Betapa aku begitu mengejar impian sampai aku sering lalai dengan tuntutan yang sepatutnya aku lakukan. Yang wajib mahupun sunat, sering aku ambil ringan. Ya Allah.... Sesungguhnya lautan luas ini telah membuka hatiku untuk berfikir lebih panjang. Mencari identiti yang sebenar, mengejar rahmatMu. Lagu TIADA DUKA YANG ABADI menusuk ruang kalbu. Benar, waktu takkan berhenti, detik takkan kembali. Dan kita pasti takkan mampu untuk mengulang waktu yang hilang dan terbuang. Terima kasih tuhanKu kerana Kau masih menyayangiKu.


No comments:

Post a Comment