Tuesday, 5 February 2013

Mulut Jahat Itu Tidak Baik!

Sepanjang hari ini aku belek satu persatu nota yang tertulis dalam blog ini. Ada yang berbau gembira tak terkira, dan ada juga yang berbau sedih tak terkata. Sungguh mulut manusia itu bila marah sangatlah jahat. Kadang apa yang dilontarkan itu tidak sepatutnya hadir. Begitu juga aku. Datang mood tak baik, aku angin satu badan. Tapi kalau nak dibandingkan aku yang dulu dengan yang sekarang, ada bezanya. Alhamdulillah perubahan kepada yang baik. Sebenarnya setiap kata-kata yang aku luahkan ini bukanlah untuk aku jadikan tontonan ataupun bahan bacaan. Semua ini hanyalah satu tempat luahan perasaan. Mungkin kerana penyusunan kata yang agak skema blog ini dianggap satu bahan bacaan dan cerita yang tertulis di sini hanya sebagai penyedap cerita. Anda salah! Blog ini aku jadikan satu buku cerita tentang hidupku sebagai kenangan supaya hari-hari mendatang yang aku lalui akan tetap membawa aku toleh kebelakang melihat setiap kejadian yang berlaku sebelum ini. Aku cuma mahu menyimpan kenangan walaupun sekadar dalam tulisan. Aku belek setiap halaman, ada yang membuat aku tersenyum. Tak kurang juga yang buat aku menarik nafas panjang. Begitulah roda kehidupan yang mana kita tidak tahu bila ia akan berputar.

No comments:

Post a Comment