Tuesday, 12 February 2013

Ingin Mengembara

Percutian yang lama ini membuat aku berfikir tentang perjalanan hidup. Jujur aku mula sayang dengan kerjaya aku sekarang. Betul cakap orang cinta itu boleh dipupuk. Dan kini aku begitu cintakan kerjaya ini. Walaupun berjauhan, walaupun berasingan, kehidupan itu banyak memberi aku erti hidup yang sebenar. Aku rasa setiap saat yang aku lalui disana dengan senyuman dan tangisan. Disitulah aku lebih mengenal Tuhan. Alhamdulillah. Walaupun begitu, aku sebenarnya mempunyai harapan yang lebih tinggi. Teringin benar rasanya hati ini untuk mengembara. Mencari posisi hidup yang lebih stabil, dan ia lebih untuk membiarkan hati ini merawat lukanya sendiri. Aku ingin mengembara, pergi ke negara orang, memulakan hidup dari bawah, dan mendalami setiap inci kehidupan dunia dan akhirat sebagai bekalan untuk kehidupan akan datang. Kini aku sudah mula melakukan proses pencarian. Walaupun aku tahu ianya begitu sukar untuk direalitikan memandangkan masih banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan, aku akan cuba melakukannya sedikit demi sedikit. Aku kini menjadi seorang anak muda yang memegang tanggungjawab yang banyak. Bertahanlah diri, kerana hanya dengan kepandaianmu menghadapinya akan membuat semuanya lenyap dengan mudah.

No comments:

Post a Comment