Thursday, 28 February 2013

Kerana kesilapan sendiri

Kerana mulut badan binasa,kerana kesilapan sendiri aku yang merana. Februari sampai ke penghujung. Esok masuk March,bulan untuk bekerja. Masanya akan tiba dalam beberapa hari saja lagi. Sekarang aku cuba selesaikan kerja2 didaratan sebelum berangkat ke laut. InsyaAllah semuanya akan selesai dengan sempurna. Petang tadi aku berehat di tepi laut. Bila terkenang hati mula sayu. Teringat mereka yang sudah tiada. Alangkah bahagianya kalau mereka ada disini untuk mendengar rintihan hati. Lumrah manusia dah takda baru nak hargai. Akak.. kte rindu akak. Nak sangat borak2 macam dulu. Kte dah nak on tau. Kalau boleh sebelum pergi kte nak dengar suara akak, nak dengar akak membebel dulu. Tapi kte makin jauh kan. Salah kte,memang salah kte. Kte minta maaf. Kte tau semua ini takkan mengubah apa2 tapi takpa lah. Kte takkan paksa. Jaga diri ok.

No comments:

Post a Comment