Monday, 28 January 2013

Dalam Suka

Ok..memang dah lama sangat nak menulis tapi tangan ni malas nak menaip. Januari hampir ke penghujung. Aku masih bercuti,menghabiskan sisa cuti yang tidak diketahui penghabisannya. Mulanya januari dengan kesedihan,aku melangkah ke hari seterusnya dengan tersenyum bahagia melihat kebahagiaan si sahabat. Alhamdulillah. Kemudian sekali lagi aku bersedih hati ketika menjelangnya hari kelahiran si dia. Hatiku mula sebak. Hadiah yang aku sediakan untuknya 2tahun yang lepas masih berbungkus rapi. Aku buka,dan aku tenung. Siapa yang akan pakai baju ini. Siapa yang akan baca kad ucapan tanda kasihku untukknya ini. Akhirnya airmata mula menitis. Betapa rindunya aku pada si dia. Aku melangkah lagi kehadapan, pergi meninggalkan rumah memujuk hati yang lara. Seminggu aku habiskan dengan berjalan. Bermula di KL, kemudian aku ke Miri. Jauh sungguh perjalanan. Aku senyum dan ketawa. Rasanya tiada siapa lagi yang mahu mendengar tangisan hati ini. Lalu aku pendamkan sendiri penuh kesakitan. Kini tanggungjawabku semakin besar. Kadang kurasakan mereka mengharap lebih dari kemampuanku, yang mana bila aku begitu tertekan boleh membawa kepada keburukan. Ku ceritakan pada si sahabat,namun ternyata dia tidak memahami bebanan ini. Kini,aku berdiri,dan akan terus berdiri bersama luka yang parah. Tiada siapa yang aku harapkan. Sesungguhnya janji manusia semua palsu.

4 comments:

  1. heee.. jiwa sensitif.. mudah sgt tersentap.. haha

    ReplyDelete
  2. perempuan mmg dijadikan jiwanya sensitif.. tapi ada penguatnya.. cari sampai jumpa.. ngee. kalau mengadu pada manusia tak difahami.. mengadu pada DIA.. kan??? hehe.

    ReplyDelete
  3. baik.. kadangkala yg kte nmpk dirinya sekuat badang tp lemahnye didalam selembut gula kapas.yg kte nmpk wajahnye penuh senyum tawa tp dalamnye sedang merintih kedukaan.lumrah hidup kan.. pusingan roda itu xkan berhenti selagi masih bernyawa.

    ReplyDelete