Tuesday, 1 January 2013

2013

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013!
2012 meninggalkan banyak kenangan dalam hidupku. Banyak suka, dan banyak juga duka. Semuanya datang silih berganti, tanpa dipinta. Baik manis ataupun pahit semuanya tetap akan kekal dalam kenangan. Itulah kehidupan, yang mana kita sendiri tak akan tahu apa yang akan berlaku dihadapan kerana setiap apa yang berlaku cuma akan datang sekali. Tiada dua, mahupun tiga. Yang berulang cumalah kenangan masa lalu, yang tidak seindah realiti.
2013 insyaAllah menjanjikan sebuah lakaran kehidupan yang menarik. Tidak pasti adakah diri ini akan bernyawa sehingga tamatnya 2013 atau hanya separuh jalan, ataupun mungkin hanya suku jalan. Semuanya ditangan Yang Maha Esa. Aku, sebagai manusia yang serba kekurangan, hanya mengharapkan agar kehidupan yang akan diteruskan ini memberikan aku kehidupan yang lebih baik. Usaha akan berterusan selagi kudrat masih kuat. Cita-cita akan dikejar selagi peluang diberikan.

No comments:

Post a Comment