Dulu, pernah aku temani dia ke sebuah klinik. Tapi aku gagal kenal pasti punca kami ke sana. Dalam diam, dia memeriksa tahap kesihatan yang aku sendiri tak pernah tahu. Bodohnya aku. Aku tanya, dia cuma senyum. Lalu aku diam bawa rajukku sendiri. Dalam hati cuba mencari mengapa ini menjadi rahsia antara kami.
Kini, selagi lagi ia terjadi. Tetapi bukan bersama si dia yang telah pergi. Aku takut. Aku resah. Mengapa perlu ada persamaan antara mereka? Mengapa perlu ia berulang lagi?
Aku gagal kawal situasi. Dan sememangnya aku sentiasa gagal mengawal situasi bila berkaitan dengan dia. Sekali lagi aku bawa rajukku. Entah pada siapa aku sendiri tak tahu.
No comments:
Post a Comment