Menerima dan menjadi pengganti bukan satu benda yang mudah. A pergi, dan datang adiknya dengan niat untuk mengganti. Aku tahu niat H itu baik. Dan aku lebih hargai bila keluarga turut merestui. Tapi maafkan aku si adik H, sekalipun kau memiliki ciri-ciri A, aku tak mampu meletakkan kau sebagai pengganti A.
A adalah yang pertama dan dia tetap akan menjadi yang pertama. Kau adalah sebahagian dari kehidupan lampau yang turut serta dalam kehidupan A. Ikatan yang pernah terjalin antara kita hanya antara seorang adik dan kakak. Jangan terlalu mengikut kata hati kerana ia akan merosakkan setiap yang kita miliki.
Asas yang begitu mudah, aku masih belum mampu untuk melepaskan dia sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment