Thursday, 5 September 2013

Ohooo My Baby

Cerita kali ini adalah tentang si baby nikon. Setelah sekian lama, alhamdulillah ada duit lebih sikit, tercapailah impian untuk memiliki sebuah dslr. Fuhh. Nak mendapatkan sebiji tu punyalah lama. Hari ini baby genap satu bulan. Cehh dah macam anak lah pulak. Sayang wehh sebab mahal. Haha. Ni adalah gajet kedua yang aku beli selepas my taboo.Tapi ni adalah yang paling mahal. Mak pun dah tak cakap apa sebab aku dah berhajat sangat. Takpalah, sekali seumur hidup kan. Mula2 nak guna tak pandai, belek punya belek baru paham nak guna. Memang best. Tak cuba tak tahu. Nak cuba kena beli la kann. Dapat sebiji, aku tambah extra lens satu. Aihh, alang2 beli apa salahnya bagi up sikit. Hehe. Tambah lagi duit. Sekarang ni dah cantik. Full set. Siap ada beg kecil lagi untuk aku bawa santai2. Terbaiklahh.

No comments:

Post a Comment