Friday, 17 February 2012

MALAS

sikap malas aku ni makin menjadi-jadi pulak sekarang ni. takde ape yang aku buat melainkan makan,tidur,termenung,menangis. kalau orang tengok boleh dikategorikan macam orang gila dah aku ni. semua tak terjaga. makan pun tak lalu,nak buat keje pun takde semangat.
akmar,bangun akmar.. jangan lemah macam ni. exam tak lepas lagi,tak kan kau nak fail lagi kali ni... hmh,aku sedar. bukan aku taktau semua tu. tapi aku lemah sangat sekarang. aku takde semangat nak tengok buku langsung. aku kecewa lepas 3 minggu aku bersusah-payah dulu tapi aku fail jugak. padahal satu soalan je sangkut,dia terus bagi aku fail. bukan aku tak boleh jawab langsung pun,aku hentam jugak walaupun tak bape nak kena,tapi apelah examiner ni,langsung tak kesian kat aku. telescopic pipe, aku akan ingat soalan tu. hantu betul,orang laen tak kene aku pulak yang kene. takpelah,Dia sedang menduga aku.. Tuhan,walaupun kegagalan tu pahit untuk aku terima,aku tetap bersyukur sebab Kau makbulkan doa aku yang lain. dah lumrah tak semua yang kita nak kita akan dapat kan? mungkin dugaan yang Kau beri ini hanya dugaan kecil dariMu untukku. aku redha. dan insyaAllah aku akan cuba memaksa diri untuk berusaha.
pagi-pagi lagi aku dah mengelamun. ntah apa yang aku fikir,aku tak boleh nak gambarkan. sebab ia berat untuk aku tanggung. semalam aku tidur lambat,bukan sebab aku belajar,tapi sebab aku tak boleh tidur. aku dengar lagu. habis satu lagu,aku dengar lagi satu lagu sampai aku tertidur.
dan aku bermimipi..... kawan,kenape kamu menangis?... aku taktahu apa yang berlaku. walaupun ia sekadar mimpi,tapi aku rasa ada sesuatu disebaliknya. aku rasa dia benar2 dalam kesedihan. kesedihan yang teramat sehingga dia muncul dalam keadaan yang teresak-esak. aku tersedar,aku tengok hp. tu memang dah jadi rutin bila mimpi bukan2 bangun je aku akan terus cari hp. kawan,kalau sekarang kita tak macam ni dah lama aku kirimkan kau satu mesej. tapi,aku takut. aku taip,dan aku sedar aku tak perlu hantar. aku bangun,basuh muka,sembahyang dan doakan kau selamat.
kawan,kalau benar kau sedang bersedih,tabahkanlah hatimu. kuatkanlah semangatmu. walaupun aku sendiri tak mampu nak buat macam tu,tapi aku sangat berharap kau mampu lakukannya. sebab... aku taknak lihat kau sedih. aku taknak lihat kau berduka. aku akan cuba senyum dihadapanmu,supaya kau juga akan turut tersenyum..
kawan,kalau sekarang kau sedang bergembira,aku doakan kegembiraanmu itu kekal bersama insan2 yang kau sayang. bergembiralah sehingga akhir waktu. itu yang aku harapkan.

bila aku teringat kamu,aku belek gambar2 kita. aku on slideshow. terlalu banyak sampai tertidur aku menunggu. haha
bila aku rasa nak dengar suara kamu,aku on video kamu. adelah 2,3 video yang lucu2. haha. itu yang membuat aku tersenyum...:)

untuk si abg,cinta ini masih seperti dulu. kadangkala aku rasa kau masih ada menunggu aku penuh setia. pernah satu ketika dulu aku ucapkan pada kawanku,aku sanggup mengahwinimu walaupun hanya sehari. kau tahu kenape?.. sebab aku ingin halal menyentuhmu,aku ingin halal membelaimu,supaya kau tahu aku terlalu sayang padamu. ungkapan sayang padamu dari mulutku memang susah untuk aku lafazkan sebab aku rasa biarlah hati ini memendam rasa cinta itu sehingga aku benar-benar jadi milikmu. cinta yang aku inginkan adalah seperti yang kau tahu. dan aku pasti kau memahami semua itu sebelum kau jelmakan dirimu padaku. dan disebabkan aku terlalu memendam rasa cinta itu aku jadi begini. aku tak sanggup kehilanganmu. kerana bagiku kaulah yang satu. tiada dua,tiada tiga. dan bila kini kau tinggalkan aku,ia masih sama. walaupun satu ketika nanti aku dipertemukan dengan bakal suamiku,kau tetap yang pertama. dan aku berdoa yang dia adalah yang terakhir. dan kamu berdua akan kekal disepanjang hayatku.
Amin...

No comments:

Post a Comment