There is a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes, and a life of mine that only you can complete.
Friday, 24 February 2012
Kasihmu Tiada Tara
Segala puji bagi Allah, yang telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibubapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Merendahkan diri menghormati mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihani mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil.
Ya Allah rahmatilah kedua ibubapa kami, dan ampunilah dosa mereka, redhailah mereka dengan keredhaan yang melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Kau meletakkan mereka di dalam negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.
Ya Allah ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Kau hapuskan dosa-dosa mereka yang terdahulu dan kejahatan yang mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dengan rahmatMu yang dengannya Kau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur. Kau amankan mereka pada hari kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.
Ya Allah kasihanilah diatas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihi kami semasa kami masih kecil.
Ya Allah peliharalah bagi mereka kasih sayang yang telah Kau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yang telah Kau penuhi hati mereka, dan kelembutan yang telah Kau sibukkan ke atas anggota mereka.
Ya Allah jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari kiamat, jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yang dicemburui disebabkan anak-anak mereka yang soleh, sehingga Kau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di negara kemuliaanMu, di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bersama orang-orang yang telah Kau kurniakan nikmat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment