hmh..hati ini perlu kuat..ye,ia perlu terus kuat..untuk aku.untuk aku terus berjalan kehadapan.
waktu berjalan dengan pantas.mungkin itu faktor utama soal perkahwinan sering rancak dibicarakan.ye..aku tahu,aku sangat tahu.mereka membicarakan soal aku.namun,mak abah,hati ni masih belum temui pengganti..maafkanku,aku tewas dalam perjanjian cinta kami sebelum ini.aku terlalu sayang dan mengharap segalanya sampai kesyurga.tapi tuhan mengujiku dengan mengambil dia.aku pasrah.tapi untuk mencari lelaki sehebat dia,aku takut pisang berbuah dua kali.aku takut cinta kedua tidak berakhir seperti yang diharapkan.jadi aku mengambil langkah untuk berdiam.bukan aku memilih,malah jauh sekali niat hati untuk menolak mereka yang datang,tapi fahamilah hati ni masih belum terbuka untuk sesiapa.untuk kalian,aku hargai keikhlasan kalian,maafkan aku kerana berdiam.aku belum temui jawapan yang pasti.
saat ini,aku terlalu rindukan dia.aku rindu kamu sayang.dugaan yang aku lalui sekarang membuatkan aku lebih terkenang kamu.doaku sentiasa mengiringimu dalam setiap waktu.


No comments:
Post a Comment