Dua minggu telah berlalu. Aku masih bersama timbunan fail yang minta untuk diteliti satu persatu. Ohh kehidupan bekerja di darat sangat membosankan, dan begitu meletihkan.
Hari ini aku mendapat tawaran kerja dari Bourbon Offshore. Salah satu syarikat perkapalan yang dikejar-kejar oleh para pelaut. Tak cukup menawarkan untuk ke laut, mereka tawarkan juga untuk bekerja di darat secara tetap. Ya Allah, 2 sekaligus rezeki datang. Tapi aku terpaksa menolak kedua-duanya kerana komitmen masih bersama Jaya Holdings. Itu yang dinamakan bukan rezeki kita. Jaya Holdings pun tak kurang hebat tau.
Hari berlalu dan aku menghitung hari menjelang audit, dan juga menutup kamus sebagai seorang QHSSE Coach Jaya Holdings Pte Ltd.
No comments:
Post a Comment