Friday, 12 December 2014

Gelodak Jiwa

Halo Halo. Hari ni dah hampir sebulan aku bekerja di office. Hati melonjak2 nak ke laut. Sumpah aku begitu rindukan laut. Aku rindukan tempat kerja, aku rindukan uniform, aku rindukan jadual harian yang dalam sehari wajib untuk aku menikmati ciptaan Allah yang begitu hebat di laut biru.

2014 bakal sampai ke penghujung. Dan setiap kali tibanya hari itu aku tak dapat mengawal emosi yang begitu sedih dengan kehilangannya. Aku rindukan dia, masih seperti dulu. Gelodak jiwa setiap kali rindu itu datang aku hembuskan dengan nafas yang dalam supaya rasa itu pergi kepada dia yang selayaknya. Aku tak mampu lagi untuk berkongsi rasa dengan teman rapatku, dengan adik adikku, kerana bimbang luahan itu akan menimbulkan rasa bosan pada mereka.

No comments:

Post a Comment