Wednesday, 2 April 2014

Tq Kakak!

13 Julai 2014 bakal melengkapkan 6 tahun usia perkenalan. Sepanjang 6 tahun ni banyak benda yang kami lalui bersama. Suka, duka, tangis, tawa, silih berganti. Dialah kawan, dialah kakak.

Dia. Dia. Dia. Dia seorang kakak yang sangat garang. Haha.

Kakak, terima kasih banyak-banyak. Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sudi pinjamkan bahu, terima kasih sanggup melayan perangai buruk ni, terima kasih sebab datang sini, terima kasih sebab ambil tahu, terima kasih sebab selalu faham, terima kasih sebab jadi kakak kita. Terima kasih sangat-sangat.

Kakak, ada masa kita berselisih faham. Ada masa kita bertekak macam nak bergaduh besar. Tapi itulah proses mengenali. Cara yang berbeza tu yang buat kita berkawan tak macam orang lain.

Kakak, walaupun masa berlalu pergi, walaupun fasa kita berbeza, walaupun kita dah tak dapat selalu bersama lagi, walaupun kita berbeza haluan, kita harap semua yang ada dari dulu sampai sekarang takkan berubah. Kita harap semua ini akan kekal sampai ke syurga.

Kakak, kalau ini adalah masa-masa terakhir, kita nak kakak tahu yang kita sayang apa yang kita ada sekarang. 

Kakak, terima kasih, mohon halalkan segalanya, dan terimalah kita sebagai kawan seadanya.


Ini kek untuk tahun ini.

No comments:

Post a Comment