Pejam celik ,pejam celik, dah hampir 3minggu pun aku bercuti. Sekejap masa berlalu sedangkan aku langsung tak dapat rasa lagi nikmat merehatkan minda. Sebenarnya banyak yang aku rancang untuk cuti kali ni. Semuanya semata-mata nak mengelak dari rasa sedih menjelang hujung tahun ni. Tapi yang aku nak elakkan tu la yang terjadi. Lemas! Office dah call suruh ke laut tapi aku tolak. Memandangkan aku kurang sihat aku tak yakin untuk ke laut sekarang. Cuaca pun tak tentu takut juga sakit dada aku serang balik.
Kawan... Hilang kata-kata memikirkan dia. Benar kata orang, jangan kita terlalu berlebihan, cukuplah bersederhana, kerana kesederhanaan itu tak akan menyakitkan. Aku terima satu mesej, tapi aku tak tahu kenapa dia perlu bersedih. Awak, saya tak minta banyak pun. Cuma tolong faham, saya ada sekeping hati yang mudah tersentuh. Dan saya rasa awak cukup kenal dan tahu kelebihan dan kelemahan saya. Bila saya cari awak, awak senyap, hilang, berhari2 baru muncul. Tu pun macam.. susah nak cakap. Bila saya senyap, saya biarkan awak, baru awak datang. Saya sedih sangat awak. Awak janji nak teman saya hujung tahun ni. Dah hujung tahun pun, tapi saya taktau awak ingat janji awak ke tak. Saya biarkan, mungkin awak sibuk dengan persiapan awak. Saya rasa saya perlu belajar untuk menyayangi dan mengharapkan awak secara sederhana.
No comments:
Post a Comment