Thursday, 20 December 2012

10 Hari Kehadapan

Entah apa yang bermain difikiranku, aku sendiri tiada jawapan. Yang aku tahu,aku sangat takut untuk berhadapan dengan 10 hari lagi. Kalau dahulu detik menyambut tahun baru sangat kunantikan, kini sudah tidak seperti dulu. Walaupun aku kini lebih tabah berbanding tahun sebelumnya, tapi untuk melupakan apa yang berlaku mustahil sama sekali. Biarlah tanggal 31 itu menjadi saat paling indah untuk orang lain, tapi bukan untuk aku. Hari itu aku kehilangan seorang yang sangat istimewa. Aku pujuk hati yang lara, aku gapai bintang yang tinggi supaya dia tersenyum melihat kejayaanku. Tahun depan adalah tahun terakhir dia di Moscow sekiranya hayatnya masih ada. Namun impiannya itu tidak terlaksana kerana takdir Allah. Segalanya berubah begitu pantas. Aku sebenarnya masih kebingungan. Satu persatu orang yang kusayang pergi dari hidupku. Adakah ini takdir yang telah ditetapkan untuk aku lebih pandai belajar menghargai? Atau ini satu balasan atas setiap kesilapanku? Andainya itu satu pembalasan, ampunkanlah aku Ya Allah. Janganlah Kau tarik mereka pergi dariku saat ini.

No comments:

Post a Comment