Tak perlu diungkap, tak perlu diberitahu, petanda itu datang sendiri. Beberapa hari lepas aku mengalaminya. Kini, dia turut mengalami. Mimpi yang aku tafsirkan sebagai tanda rindu. Namun ego lebih menguasai, maka memilih untuk berdiam diri.
Aku, mungkin telah penat. Mungkin juga telah berjauh hati. Dan mungkin juga sengaja mengasingkan diri. Kerana aku cuba mencari tempat siapa aku disisi dia.
Dia, sedang berbahagia. Alhamdulillah.
Sedikit rasa kesal kerana terlalu menyayangi. Sedikit rasa kesal kerana terlalu bergantung harap. Sedikit rasa kesal kerana terlalu meminta kasih.
Sekali lagi rasa ini datang. Dulu abang, kini dia.
Genap usia 6tahun perkenalan, telah aku kirimkan satu nota penghargaan. Dengan harapan setiap yang aku luahkan diamati dan disimpan di dalam hati.
No comments:
Post a Comment