Thursday, 18 September 2014

Semakin Dalam

Semakin aku lupakan, semakin kerap dia muncul dalam mimpi. Tahun ke4 bakal menjelma. Aku masih disini. Bukan meratapi tapi menyendiri mengubat luka dihati. Aku bingung. Selama mana lagi masa yang diperlukan untuk diri ini. Aku sendiri tak pasti.

Perancangan awal ingin memulakan hidup baru di darat aku lupakan kerana aku yakin masa ini bukan masa yang tepat untuk aku memulakan hidup baru dengan hati yang tenang. Aku masih perlukan laut.

Kekasih, pergilah. Jangan kau tinggalkan separuh hatimu disini. Aku ingin kau hidup sebagai kenangan, bukan harapan kerana hakikatnya kau takkan datang lagi. Takdir memisahkan kita membawa kau pergi jauh, meninggalkan aku sendiri.

Ayah bonda sudah merisik kemana hala tujuku. Aku hanya mampu berkata, berilah aku satu tahun lagi. Akanku lepaskan kasihmu di laut dalam, dan kembali ke darat dengan satu azam. Aku tahu mereka bimbang dengan diriku. Aku masih perlukan masa untuk melupakannya, ayah bonda.

No comments:

Post a Comment