Saturday, 18 August 2012

Ramadhan Terakhir

Hari ini adalah ramadhan terakhir untuk tahun ini. Sungguh sedih rasa hati mengenangkan tidak seharipun malam ramadhan kali ini aku sempurnakan dengan tarawih. Makin lama makin serong. Aku terpaksa berkorban demi tanggungjawab. Sebulan setengah berlalu dengan pantas. Lagi setengah bulan yang tinggal. Mungkin aku terus disini atau mungkin juga aku akan ke Cahaya.

Esok 1 Syawal. Masih belum dapat kepastian lokasi seterusnya. Mungkin masih disini atau mungkin juga akan bergerak ke Baram. Ini adalah kali kedua 1 Syawal tanpa keluarga. Alhamdulillah, aku kuat. Tujuan aku kesini untuk mencari rezeki, bermakna ini semua kerana Allah. InsyaAllah niat baikku ini akan terpelihara.

Bulan depan Zaim akan ke London, meneruskan pengajiannya. Temanku ini akan kepuncak yang tinggi. Alhamdulillah. Dalam seminggu ini setiap hari kami akan meluangkan sedikit masa untuk berbual. Menghargai detik terakhir sebelum kami berdua terpisah demi mengejar cita-cita.

Untuk encik kekasih, aku sentiasa mendoakanmu. Kau insan mulia, pasti syurga menjadi milikmu. InsyaAllah.

Seminggu di daratan ini sama seperti biasa. Walaupun teruja mendapat line telefon, tapi bagi aku tiada apa yang membahagiakan. Semua sibuk dengan persiapan. Cuma aku yang begitu tenang di kapal bagai manusia yang tiada perasaan.

No comments:

Post a Comment