Saturday, 5 May 2012

Bluuurrrr

jam 4.45am, aku baru pulang dari hospital melawat ibu tercinta. tubuh terasa lemah namun mata masih belum dapat dilelapkan. esok adalah hari kedua modular dan aku begitu bosan. memikirkan ibu yang sedang dalam kesakitan menghilangkan tumpuan. aku kecewa dengan diri aku sendiri. selayaknya aku yang membantu keluarga saat ini tapi tiada apa yang dapat aku lakukan. aku termenung melihat ibu yang sedang menahan sakit. maafkan aku, ibu. hanya doa dan tenaga yang dapat aku hulurkan saat ini. insyaAllah tuhan memberikan khabar gembira untuk kita. terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan. perhatian yang kalian berikan cukup membuat hati ni sedikit tenang... 03 Mei 2012, pandangan mata ini tidak menipu. wajah lelaki itu sangat mirip kekasihku. ikutkan hati pasti aku kejar dan peluk erat lelaki itu, namun aku yakin dia bukanlah kekasihku yang aku tanggu. dia adalah lelaki lain yang mempunyai wajah hampir sepertinya. aku renung lelaki itu, cuba menangkap matanya. walaupun hakikatnya aku tahu dia bukanlah encik kekasih, tapi aku tetap cuba menatap wajah mirip kekasihku. rindunya aku pada dia tiada batas. aku bingung sepanjang hari. sahabat disebelahku aku biarkan tanpa pengetahuannya. walaupun hati melonjak ingin berkongsi rasa namun aku sepi tanpa kata. biarlah aku dengan kisah cintaku, dan dia dengan kisah cinta dia. sehingga hari ini aku masih memikirkan lelaki itu. bukan aku jatuh cinta, cuma ingin mengucapkan terima kasih kerana munculkan wajah yang amat aku rindui... 05 Mei 2012, aku perlu berdiri di atas kaki sendiri. belajar menerima takdir dan perpisahan. pengalaman kehilangan kekasih hati membuat aku begitu takut menghadapi kehilangan keluarga dan sahabat. ketahuilah yang aku begitu sayangkan kalian.

No comments:

Post a Comment