Thursday, 12 January 2012

BIARKAN IA KEKAL DIAM

Tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan membeku dengan perlahan..kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan…
Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..Biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana dia takut kau berpaling dan menjauhinya.. Dan bila suatu masa dia hilang dari pandanganmu, kau akan menyedari dia adalah cinta yang tak pernah kau sadari.

Hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia..Atas kasih sayang Allah kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya juga kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

No comments:

Post a Comment