Friday, 16 September 2011

Ciri-ciri Wanita Solehah

lepas subuh,mcm bese la aku..byk termenung dr wat keje..dgn posisi bilik mghadap ke laut ni,aku trasa trsangat la sejuk..trpaksa la menahan sakit..hmh

memikirkan diri ni yg penuh dgn kejahilan,kurangnye ilmu agama,aku rse mcm xgune je idup..hanya dgn solat yg masih ade lubang2,puasa yg aku cuba lakukan di setiap kelapangan,aku tahu aku langsung xlayak menikmati keindahan syurga..Tuhan,aku takut,aku terlambat lg..berikanlah aku hidayahMu agar aku sentiasa mencari keredhaanMu..

artikel ni aku jumpa n aku post kat sini supaya bile2 aku free,aku akn bce lagi..n aku arap usahaku ini akn membantuku memperbaiki diri..

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

No comments:

Post a Comment