Thursday, 10 March 2011

Terima Kasih Sayang....

Hidup kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Angin lalu bagai membawa gemersik suaramu. Tetapi, aku tetap sedar kau tidak akan berada di sisi. Kini dan selamanya. Hanya aku bermain ilusi sendiri. Justeru aku pohon kau datang untuk membantu meleraikan kekusutan. Kau yang memulakan salam pertemuan, kau juga yang melafazkan salam perpisahan.

Masa dahulu... kita yakin bahawa hubungan ini akan kukuh dan utuh. Kita yakin susah senang mampu diharung dengan sabar. Biar jauh atau dekat, biar senang atau susah, kita tetap mahu pastikan agar hubungan ini berjaya.

Apabila diimbau sejarah kita, terasa seolah suatu kisah yang kita karang bersama adunan rasa jujur dan tulus. Kesefahaman dan kepercayaan telah menyiram benih-benih kemesraan, kita menjadi pasangan yang toleransi dan saling memahami. Ia seolah kisah mitos, namun ia telah berlaku dalam sejarah kita. 

Antara kita ada peristiwa yang menjadi kenangan abadi. Jadikan ia sekadar memori untuk diri sendiri. Sebagai nostalgia untuk diimbau kerana kau telah pergi dijemput Ilahi.

Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Terima kasih sayang kerana kau berikan aku cinta.....

No comments:

Post a Comment